| SEJARAH KAMPAR |
| Ditulis Oleh: Ocu Agus, JS | |
| Friday, 22 May 2009 | |
|
PERANCANGAN MELETAKKAN BENIH RAJA MELAKA KE “NEGERI LAUT INDERA SAKTI” (Tindak-tanduk pemutuskata di Bentan dan di Kampar)
8.1 Ada lagi beberapa fasal yang jarang sekali dipersoalkan, perihal di sebalik kisah-kisah sejarah kerajaan-kerajaan Melaka dan Perak. Cerita-cerita itu bukan kesemuanya cuma dicipta-cipta; tetapi tidak seharusnya, yang terketara sahih itu kesemuanya jelas tercetera! Sesuatu yang masih terselubung ialah perihal di sebalik riwayat perancangan menubuhkan institusi kerajaan benih warisan Melaka Diraja di negeri Perak pada peringkat induk, yakni, berbanding secara spesifik, dengan kedudukan kerajaan negeri Beruas-Manjong yang sudah lama terbangun. Tidak dapat dinafikan, jika ...............
8.2 Ada beberapa versi jalan cerita yang diketahui tentang perihal datangnya seorang Waris Teras kesultanan Melaka lalu memerintah dari bumi alam Pulau ‘Indera Sakti’. Dengan kehadiran baginda, memang menjadi “otomatis” adanya Juru Tabal dan nobat serta orang-orangnya. Yang terutama diperujukkan adalah pengisahan sepertimana yang terkandung di dalam ‘Sulalatus Salatin’ yang tertua sekali diketahui. Semenjak tetahun abad ke 19 lagi sudah ada dipersoalkan tentang resensi salinan-salinannya, yang telah dihurai buraikan, kerana terbukti kandungan dan niat yang tersirat di sebalik penulisan versi-versi daripada yang tersebut disyaki terpinda. Manakala beberapa hal kisah asalnya pula sudah ditambah atas penyalinan di Pulau Riau dalam anggaran abad ke 18 – ke 19. Dari konteks sejarah Perak, kisah kedatangan Raja Muzaffar itu hanya tercatit di dalam Sulalatus Salatin resensi versi ‘Raffles MS No 18’ sahaja. Dalam pada itu, pernah jua ditemui pencetakan salinan manuskrip yang tersebut pada masakini juga telah tersunting lagi, seolah tidak mahu mencatitkan pembabitan negeri Perak di samping Kerajaan Johor-Riau. Maka bagi siapa yang tidak pernah membaca kandungan ‘Sejarah Melayu’ “edisi Winstedt” (JAMBRAS Vol. XVI, Part III, 1938) misalnya, tidak dapatlah menganalisai tempat-tempat yang sengaja dipadamkan dari pengetahuan umum. 8.3 Hasil muslihat pemadaman dan ubahsuai yang termaklum, bagi keseluruhannya kini cuma termuncul fakta-fakta yang separuh benar sahaja. Memang ada beberapa peristiwa yang masih tersorok ataupun terselubung atas pindaan-pindaan para penyalin dan penyuntingan yang memendam hasrat sosio politik yang tertentu. Terkhusus oleh pengarang yang beririhati bahawa masih ada orang-orang dalaman yang tetap taat setia terhadap Raja Muzaffar suami isteri. Oleh itu, tidaklah dapat diperusirkan kisah-kisahnya dengan sewenang-wenang tanpa memikirkan tindakbalas yang akan terbit pada kemudian hari; kerana seperti kata-kata Bendahara Johor, TUN ISHAK BERAKAH.., “…Lagi-laginya jangan demikian, kerana lainkah Sultan Pahang dan Sultan Perak dengan Yang Dipertuan? Sekaliannya itu tuan pada kita.”2 Nampaknya, walau bagaimana sekalipun Raja Muzaffar itu tidak dikehendaki berada di sisi adindanya Sultan Alauddin Riayat Shah, Yang Dipertuan Johor yang pertama, pemergian baginda Muzaffar Shah ke Perak itu tidaklah konon sekadar sekelamin semata-mata tanpa pengiringan orang-orang kenamaan yang berpatutan jumlahnya. Para pengiring baginda suami-isteri langsung tidak disebut dalam mana-mana resensi Sejarah Melayu. Selain dari yang lain, memang ada kehadiran orang-orang Muntah Lembu dan seorang baka Nara yang turut ke Perak. Penyertaan mereka itu seharusnya adalah atas beberapa pasal di antara kemungkinan berikut :
Bersambung ................................ |
|
| Terakhir Diperbaharui ( Friday, 22 May 2009 ) |
| < Sebelum | Berikut > |
|---|








